Monday, April 28, 2008

Pendidikan Islam mampu lahirkan generasi kukuh akidah

KLANG, 28 April (Hrkh) - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah melalui pendidikan Islam di peringkat awal akan mampu melahirkan generasi Islam yang kukuh akidahnya, benar ibadahnya dan sejahtera akhlaknya.

Baginda bertitah, oleh itu sistem pendidikan Islam di negeri ini perlu dipertahankan dan dipertingkatkan ke arah memenuhi hasrat negeri dan negara pada masa hadapan.

"Beta percaya al-Quran yang dibaca dan difahami serta dihayati, serta solat yang didirikan dengan penuh kefahaman akan melahirkan murid yang berjaya dan tabah dalam mengharungi cabaran global.

"Dengan memahami al-Quran dan solat, ianya akan menjadi benteng yang paling kukuh dalan mengharungi cabaran hidup," titah baginda yang dipetik Bernama pada majlis perasmian nama baru Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah Klang yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah di sini hari ini.

SRAI Tengku Ampuan Fatimah siap dibina pada 7 Jun 2004 dengan kos RM6.66 juta dan kini mempunya 56 guru dan 777 murid.

Sultan Sharafuddin mahu para guru menjaga identiti, integriti diri dan sentiasa menjadi model kepada pelajar selain sentiasa meningkatkan daya saing, kecekapan, inovasi, kreativiti dan produktiviti.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata ekoran permintaan yang tinggi bagi kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), jabatan itu terpaksa menjalankan saringan atau peperiksaan bagi kemasukan ke Darjah Satu.

Sehubungan itu, JAIS merancang untuk menambah bilangan SRAI, khususnya di Lembah Klang, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian itu. Kini terdapat 10 buah SRAI di Selangor.

SRAI ialah satu konsep pendidikan sekolah rendah yang seimbang dan bersepadu melalui penyelarasan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kurikulum pendidikan Islam JAIS dengan matlamat melahirkan murid yang kukuh pegangan akidah, soleh, berakhlak dalam kehidupan, tinggi penguasaan bahasa, berbudaya dengan peradaban murni dan menguasai sains dan teknologi.

Saturday, April 19, 2008

Murtad – Antara Aqidah dan Status Ugama

Semakin berkembang pembangunan semakin betambahlah juga berita-berita murtad disana-sini. Masyarakat Melayu kita hari ini seolah-seolah tidak sensitif lagi dengan pencemaran kepada ugama yang di anuti mereka sendiri iaitu Islam. Bagi sesetengah mereka, panduan hidup yang di tentukan dalam Islam bukanlah sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Tidak kurang juga yang menganggap Islam sebagai penghalang kepada kemajuan diri yang mereka kejar. Bahkan ada juga yang lebih berani dengan mengatakan jika semua nak ikut Islam maka masyarakat Melayu akan ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain yang telah mencapai kemajuan. Daripada sini maka wujudlah berbagai-bagai masalah masyarakat yang amat sukar untuk di selesaikan. Diantara masaalah tersebut ialah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita bukan muhrim, kelahiran anak-anak luar nikah, penagihan dan pengedaran dadah, curi, ragut, rompak, samun, pembunuhan, samada yang terancang atau tidak terancang serta yang lebih mamalukan lagi ialah keputusan menukar ugama bagi golongan Melayu Islam atau lebih popular dengan istilah MURTAD.

Dalam posting ini saya ingin menumpukan kepada perkara murtad dan keperihatinan pihak berkuasa serta masyarakat Melayu keseluruhannya. Nampaknya pihak berkuasa dan masyarakat Melayu kita hari ini lebih perihatin atau memberi tumpuan kepada kes-kes murtad yang telah berlaku, tetapi tidak kepada memikirkan cara untuk mengelakkan daripada berlakunya murtad dan apakah puncanya yang menyebabkan berlakunya murtad. Tuduh menuduh dan kutuk mengutuk sering terdengar apabila di beritakan berlakunya kes mutad. Contoh utama yang ingin Wohgomok kemukakan disini ialah kes Lina Joy yang baru-baru ini dihebohkan (bukan Jom Heboh) di media-media cetak dan elektronik. Bahkan ada yang berdemo apabila Lina Joy memfailkan kes di mahkamah untuk menghapuskan status ugama Islam yang tercatit didalam kad pengenalan beliau. Bagi pihak yang berkuasa pula beria-ia mempertahankan supaya status ugama Islam yang tercatit dalam MyKad Lina Joy tidak di hapuskan.

Dalam kes Lina Joy ini mungkin saya mempunyai pandangan yang sedikit berbeza dan bercanggah dengan pandangan umum (Kalau saya silap diharap saudara-suadara dapat membetulkannya, tapi diharap tidak mengutuk). Bagi saya, apalah yang di sibuk-sibuk sangat pasal status ugama Islam yang tercatat dalam kad pengenalan Lina Joy. Aqidah beliau sudah pun jauh dari Islam, bahkan beliau sudah tidak boleh di anggap sebagai seorang Islam lagi. Kalau status ugama Islam di kekalkan dalam kad pengenalannya, mungkin suatu kekeliruan akan berlaku sekiranya Lina Joy didapati meninggal dunia di suatu tempat dimana orang tidak mengenalinya. Mungkin mereka akan kebumikan jenazah beliau di tanah perkuburan Islam, kerana status ugama simati hanya dikenali melalui kad pengenalan yang dijumpai. Sedangkan kalau mengikut hukum Islam, orang-orang yang telah mengishtiharkan diri sebagai bukan Islam atau murtad ini tidak boleh dikebumikan mengikut cara Islam bahkan perkuburannya juga mesti diasingkan. Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada pihak yang mempunyai kuasa supaya tidak menyekat pertukaran status ugama yang tercatat dalam kad pengenalan orang-orang yang telah murtad tetapi hendaklah di masukkan status ugama yang sedang dianutinya pada ketika itu dengan menambah perkataan MURTAD didalam kurungan selepas status ugama yang di anuti. Sebagai contoh, sekiranya seseorang Islam itu berpindah ke ugama Kristian, maka status ugamanya haruslah di tulis seperti ini, STATUS UGAMA: KRISTIAN (MURTAD). Biar padan muka dia, biar semua orang tahu bahawa dia adalah murtad.

Mungkin sifat semi panas baran saya dah bermula, tapi itulah yang saya rasakan salah satu perubahan yang perlu dilakukan demi maruah Islam.

RM100 juta untuk babi di Selangor: Satu penilaian ringkas

Assalamualaikum. Semoga semua para pembaca sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Pertama, saya memohon maaf kerana membangkitkan isu Babi di Negeri Selangor D.E dalam blog BankWahabi; tajuk dan isi yang tersasar jauh daripada objektif utama Blog BankWahabi. Namun saya sudah sekian lama memikirkan untuk mengajak dan menyeru agar para pembaca; tidak kira daripada aliran mana (kanan atau kiri) agar membuka minda dalam masalah Babi yang dihangat dan dipanaskan oleh media massa terutamanya TV3 & Pihak tertentu yang masih bodoh, buta, tuli, pekak dan keras kepala.


Kedua, saya tidaklah menyokong 100% cadangan RM100 Juta untuk Babi di Selangor; kerana projek ini mestilah dilihat pro dan contranya.

Pro atau kebaikannya;

1. Menjaga alam sekitar daripada tercemar.

2. Mengelakkan dan menghapuskan penternakan Haram (di sisi undang-undang Malaysia tidak mempunyai lesen).

3. Memudahkan pengawasan dan penjagaan bagi pihak PBT dan pihak Negeri Selangor D.E

4. Menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat tempatan daripada penyakit berjangkit.

5. Menjamin keperluan makanan bagi rakyat setempat yang bukan beragama Islam.

6. Menjadi model kepada penternak babi di negeri-negeri lain yang masih mencemarkan dan membahayakan penduduk setempat.

Contra atau keburukannya;

1. Dibimbangi rakyat setempat beragama Islam memakan daging babi.

2. Dibimbangi produk-produk tempatan bercampur dengan babi meningkat.

3. Dibimbangi berlaku salah guna kuasa dalam pembahagian tapak ternakan.

4. Dibimbangi berlaku salah faham antara penternak yang boleh menyebabkan pertelingkahan yang membahayakan masyarakat setempat.

5. Dibimbangi kebarangkalian sistem teknologi moden itu tidak berfungsi sepenuhnya.

6. Dibimbangi kurang pemantauan daripada pihak PBT dan Negeri Selangor D.E yang boleh menyebabkan penternak melakukan sesuatu aktiviti yang bercanggah dengan peraturan dan etika.

7. Dibimbangi tidak atau kurang mengambil berat tentang maintenance pada sistem moden yang diguna pakai.

8. Dibimbangi memudahkan penyakit berjangkit merebak dalam kilang tertutup tersebut terutamanya pekerja dan babi yang sihat; maka menyebabkan kerugian besar.



Jika mahu dikaji, memanglah banyak keburukan ternakan ini. Namun, Kerajaan Negeri Selangor D.E kini di bawah pimpinan PR hanya melaksanakan perjanjian Kerajaan Negeri Selangor D.E yang lalu di bawah pimpinan BN. Pimpinan lalu telah memberlanjakan ribuan ringgit untuk mengkaji keburukan dan kebaikan projek ini; dan mereka memutuskan untuk meneruskan projek ini (pada satu masa tertentu). Tetapi kuasa kerajaan negeri beralih arah ke PR, maka pihak-pihak BN menafikan dan menentang sekerasnya projek ini. Hal demikian amat menghairankan saya dan kebanyakan rakyat tempatan; kerana menentang idea dan hasil penat jerih mereka. Pelik! boleh buat orang jadi gila dan hilang 100% kepercayaan kepada pihak kerajaan BN terdahulu dan akan datang (jika ada rezeki); malahan kerajaan BN sekarang juga, kerana seolah-olah semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN tidak bermanfaat dan membahayakan Negara, rakyat dan alam sekitar. Oleh itu, nasihat saya kepada pihak media massa dan juga pihak tertentu agar menghentikan memainkan isu Babi di Selangor agar pihak tertentu tidak terus hilang nama di persada Negara. Pada masa yang sama, pihak PBT dan pihak Negeri Selangor hendaklah memastikan pemantauan 100% dijalankan agar tidak berlaku kegagalan sistem atau mengurangkan “failure rate”. Namun saya yakin dengan kemampuan, pengalaman, kebijaksanaan MB Negeri Selangor D.E kini; dalam menguruskan hal-hal berisiko tinggi ini.

Selain itu, dalam media massa yang ditayangkan oleh TV3; ada terpapar pada kain rentang melakarkan 3 babi yang tertera pada badan babi itu DAP-PKR-PAS. Saya sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam mengutuk dan membantah perbuatan individu tersebut kerana seolah-olah mengcela agama mereka sendiri. Nasihat saya kepada semua samada berhaluan kanan atau berhaluan kiri khususnya ummat Islam, jika mahu membantah dan berdemontrasi; hati-hatilah jangan sampai menggadaikan akhirat untuk dunia.

Ketiga; saya mahu membawa para pembaca memikirkan sejenak dua situasi yang berbeza untuk kita lihat sejauh mana keburukan dan kejelakan ternakan babi RM100 Juta di Negeri Selangor D.E

3.1: ANTARA KILANG ARAK DAN TERNAKAN BABI

Cuba fikirkan; di Negeri Selangor ini wujud satu kilang Arak yang lebih besar daripada sesetengah masjid. Kilang ini dibina lebih 15 tahun dan kerajaan negerinya di bawah pimpinan BN. Selain itu, penjualan arak di Negeri Selangor merata-rata dan mudah didapati seperti di Jaya Jusco, Tesco, Giant, kedai 24 jam 7eleven dan lain-lain lagi kecuali sesetengah kedai runcit. Adakah daging babi dijual melata seperti Arak? Pembeli Arak terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam; walaupun kerajaan Negara Islam Malaysia arif dan sedar bahawa bagi orang Islam Arak itu Haram hukumnya dan peminumnya boleh dikenakan hukuman hudud mengikut undang-undang Negara Islam hakiki yang berlandaskan Syariat Islam.

Cuba kaji; berapa ramai orang Islam Malaysia memakan daging Babi? Dan berapa ramai orang Islam meminum air Arak? Orang Islam Malaysia mampukah mengunyah dan menelan daging babi? Orang Islam Malaysia mampukah meminum arak? Tanyalah muda-mudi, artis-artis, orang politikus, ayah manis (sugar daddy), lelaki simpanan (gigolo), perempuan simpanan (Escort girl), pekerja pusat karoeke dan disko, mak datin dan pak datok, orang Islam yang hidup macam orang kafir lagaknya. Berapa ramai orang Islam bekerja dengan industry yang berkaitan dengan aktiviti arak? kalau rajin buatlah survey atau kajian agar kita jelas dalam hal ini. Semua tahu bahawa babi dan arak adalah haram di sisi agama Islam. Tetapi saya lihat trend di Malaysia haram itu seperti ada level; arak haramnya ok sikit, tetapi haram babi bahaya, tak lalu nak muntah. Apa bezanya?

Cadangan Pada Kerajaan; Sepatutnya dalam menjaga nama baik Negara Islam Malaysia; Penutupan Kilang Arak wajib diutamakan, untuk kita jika mahu berdemonstrasi agar kerajaan Negeri Selangor tutup atau kurangkan operasi; adalah Kilang Arak. Dengan melihat maslahat orang Islam di Malaysia, kerajaan mesti mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan orang Islam melakukan dosa besar ini. Jika kerajaan mahu membangunkan projek ternakan babi RM1 Billion pun tidak akan ada orang Islam Malaysia memakan daging babi tersebut dan tidak pula berlaku situasi yang sama pada kilang arak.

Cuba guna akal logik; antara kilang Arak dan Pusat ternakan babi RM100 Juta; yang manakah patut ditutup, dihentikan, dihalang, di demonstrasikan, di mainkan di kaca TV dan di politikkan? Jawablah dengan jawapan bahawa anda seorang Orang yang Beragama ISLAM dan mengambil berat tentang masalah yang melanda Umat Islam di Negara kita; khususnya bangsa Melayu yang kian hancur dan hilang ditelan kerakusan hawa nafsu terhadap dunia.

3.2: ANTARA PUSAT JUDI DAN TERNAKAN BABI

Cuba fikir; Di Negeri Pahang berapa lama sudah terbina pusat judi terbesar asia tenggara. Di kebanyakan negeri dalam Negara Islam Malaysia terdapat pusat-pusat niaga nombor ekor yang dikategorikan adik beradik judi. Semua pusat tersebut menjalankan kegiatan haram disisi Agama Islam. Bagi orang Islam di Malaysia; amat mudah untuk berjudi, kerana tiada pihak yang mahu, rajin, berhajat menangkap mereka.

Cuba kaji; Berapa ramai orang Islam yang menjadi tetamu pusat judi? Berapa ramai orang Islam yang bekerja di pusat-pusat judi tersebut? Adakah pihak kerajaan, media massa, ketua-ketua kampong, masyarakat Islam setempat tidak tahu? Tetapi kenapa tiada demonstrasi, tiada bantahan, tidak dimainkan isu ini di kaca TV? Atau haram judi sama dengan arak tetapi tidak sama dengan babi? Kalau rajin cuba duduk depan kedai Magnum atau 4 Digit; kemudian buat bancian, berapa ramai orang Islam yang membeli nombor ekor, sudah tentu ramai orang Islam. Sebab kebanyakan orang Islam Malaysia miskin, gaji kecil, malas bekerja dan malas berusaha.

Cadangan Pada Kerajaan; Sepatutnya dalam menjaga nama baik Negara Islam Malaysia; pusat-pusat judi lebih patut diberi perhatian; terbaik menutup dan jika tidak mampu; pantaulah operasi pusat tersebut daripada pelbagai aspek. Selain itu, judi ini antara dosa besar sama seperti meminum arak dan memakan babi; maka aplikasinya adalah sama. Malah, pusat judi ini ramai pelanggannya orang Islam; kalau saya buat bancian hampir 50% atau lebih. Maksudnya, 50% pendapatan pusat judi itu daripada wang milik orang Islam. Ini bermakna ramai orang Islam di Negara Islam Malaysia melakukan dosa besar iaitu berjudi. Judi juga merugikan rakyat setempat yang bukan beragama Islam. Secara amnya judi merugikan rakyat Malaysia (Islam dan bukan Islam)

Cuba guna akal dan logik; yang mana patut kerajaan tutup demi menjaga kepentingan Orang Islam daripada terus bergelumang dalam dosa dan noda? Siapakah yang menanggung dosa dengan merelakan dosa tersebut dilakukan

Rumusan:

Oleh demikian, jika mahu diaplikasikan mengikut kaedah usul; “bahaya/mudharat yang paling ringan” adalah ternakan babi. Kerana jika kita perhatikan; bahaya dan mudharat judi dan arak.

JIKA BERJUDI; bergaduh suami isteri, berlaku perceraian, ketidak seimbangan dalam keluarga, malas bekerja, rampas duit gaji isteri, tidak memberi nafkah secukupnya pada keluarga, paksa anak-anak bekerja, berhutang sana-sini, menggadaikan isteri atau anak kerana langsai hutang judi judi, ketagih dan sukar meninggalkannya, melakukan dosa besar berterusan, melayakkan diri disiksa dalam neraka, hidup tidak berkat, sentiasa kemurungan, peningkatan dalam masalah sosial dan jenayah, melembabkan aktiviti ekonomi, menambahkan kadar pengangguran.

JIKA MINUM ARAK; masalah kesihatan seperti kanser, akal fikiran tidak stabil, mulut bau busuk, merugikan wang ringgit, kerja tidak sempurna, aktiviti ekonomi tidak stabil, bergaduh suami isteri, jenayah rogol/zina meningkat, ketagih, mendapat dosa besar berterusan, layak medapat siksaan api neraka, pukul anak isteri, kemalangan jalan raya meningkat, membahayakan keselamatan orang ramai, hidup penuh maksiat tiada berkat, memudahkan melakukan dosa-dosa besar yang lain, menyebabkan aliran wang keluar Negara kerana import arak, mengurangkan pendapatan per capita rakyat.

JIKA MAKAN BABI; ada ke orang Islam makan babi? Rata-rata orang Islam yang saya buat survey di KL dan Selangor tidak akan memakan Babi sampai mati; tetapi judi dan arak adalah gaya hidup masyarakat Bandar bagi mereka (kalau nak jawab pada mereka; itu gaya hidup masyarakat Bandar Neraka). Kalau para pembaca rajin, tolong buat survey sekali tentang makan babi, berjudi dan minum arak di kalangan Orang Islam di Negara Islam Malaysia. Mana yang lebih banyak orang Islam terjerumus?

Akhir kata; semua pihak samada kerajaan wakil BN dan juga PR mestilah mengembleng tenaga dalam melihat masalah yang melanda Orang Islam Malaysia; khususnya Masyarakat Melayu yang kian runtuh pegangan agama, etika dan norma, ekonomi, kesetiaan pada Negara, kesetiaan pada Raja. Satu badan mestilah digerakkan untuk mengelakkan MELAYU HILANG DI PERSADA DUNIA. Wakil pimpinan BN; duduklah diam daripada berkokok memburukkan pihak lawan; cadangan saya, kukuhkan parti agar tidak terburai dan hancur ditelan zaman dan kebangkitan rakyat. Wakil pimpinan PR; buktikanlah kepada rakyat bahawa PR juga mampu mentadbir Negara dan menjamin kesejahteraan, keselamatan, keadilan rakyat; jika tidak lambat laun akan menerima nasib yang sama seperti parti sebelumnya.






"DEMI MENJAGA ISLAM AGAMA YANG TERCINTA"



SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN

SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN


Meneliti sebuah rakaman kuliah Ustaz Rasul Dahri baru-baru ini membuatkan saya berfikir panjang, memohon gerak daripada Kekasih dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghasilkan karangan ini. Hal ini tidaklah bermaksud saya terpesona ataupun ‘termakan’ dengan pembicaraan Ustaz Rasul Dahri itu tetapi untuk menyampaikan beberapa perkara penting kerana peluang ke arah itu terbuka kini. Tidak sangka pula yang ia akan lahir melalui tontonan ke atas cakap-cakap ustaz ini. Begitulah, jika bukan kerana Iblis menderhaka, manakan lahir para rasul dan nabi dalam bentuk jasad. Betul tidak?


Kebenaran terpaksa diwartakan atas rasa cinta kepada Allah dan bertanggungjawab ke atas amanah yang diamanahkan sejak sebelum diri ini yang asal dimasukkan ke dalam jasad yang baru tumbuh ini. Suka ataupun tidak kenalah dinyatakan juga sekadar kemampuan kita yang serba dhaif ini. Kita yakin, hanya Allah yang berkuasa memberi faham, bukan makhluk. Namun begitu, usaha dan ikhtiar tidak sesekali kita ketepikan.


Tiga empat tahun lepas buat pertama kalinya saya membaca dan menonton hasil tangan Ustaz Rasul Dahri berkaitan perbahasan tahlil arwah. Kebanyakan hujah-hujah bawaannya yang pada saya longgar untuk dijadikan pegangan membuatkan saya kurang ambil pusing akan dakwah dan dakyahnya selepas itu. Hujah-hujah yang ada kalanya berisi penyelewengan, penipuan, salah faham dan buruk sangka itu hanya akan berkesan ke atas orang-orang yang malas menggunakan fikiran sahaja

( Lihat BAHAYA ISRAILIYYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYYAT bahagian ke-3 http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=172&mode=&order=0&thold=0 ).

Saya tidak merasakan yang dakwah dan dakyahnya akan mendapat sambutan besar dan menggugat apa-apa yang penting di negara ini, jadi biarkanlah kelompok sempitnya terus wujud agar sekurang-kurangnya boleh juga kita jadikan contoh dalam pengajaran kita nanti. Selain itu, kelompok ini juga berguna untuk para peminat dan pendokong dakwah Tajdid Tua @ Wahabi mengukur siapakah yang benar-benar Salafi Wahabi dalam kalangan dua ataupun tiga kelompok Salafi Wahabi di Malaysia kini dan dua tiga kelompok Wahabi yang belum tiba secara borong dari luar negara

(Lihat KERESAHAN BANG GURU http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=166&mode=&order=0&thold=0 ).


Rupa-rupanya Ustaz Rasul Dahri ada menulis tentang Ikhwanul Muslimin. Jadi dalam video itu dia mempromosikanlah hasil tulisannya, yang dengan kuasa Allah dan tanpa disedarinya yang dia juga sebenarnya sedang mempromosikan kelemahan dan kesilapannya kepada umum. Kelemahan dan kesilapan yang saya maksudkan hanyalah dalam HAL INI SAHAJA tanpa menafikan KEARIFANNYA dalam bidang-bidang lain. Begitulah kaedah memberi komen. Di samping itu, dia juga sebenarnya membuka pekung kecelaruan fahaman kaum Salafi Tua @ Wahabi khususnya di negara ini dengan lebih jelas. Beruntung sungguh kita umat Islam Nusantara- “berjalan dua langkah tetapi jaraknya mencapai sepuluh langkah”

(Lihat SALAFI TULEN MENDAKWA DR. ASRI AHLUL BIDAAH http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=207&mode=&order=0&thold=0 ).


Mulanya kita sentuh sedikit tentang sejarah gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pemantapan pemahaman pembaca di bahagian isi-isi nanti sekalipun kita faham yang banyak pembaca sudah sedia maklum dengan sejarah Ikhwan meskipun mereka tidak ataupun belum berbaiah dengan Ikhwan

(Lihat IKHWANUL MUSLIMIN & HASSAN AL BANNA
http://www.forumforfree.com/viewtopic.php?t=905&start=0&mforum=no2christ ).


Sebaik-baik sahaja jatuhnya kekhalifahan terakhir umat Islam, yang SALAH SATU daripada punca kejatuhannya ialah akibat hasil tangan PARA PENGIKUT dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang MEMBERONTAK KEPADA DAULAH ataupun MENYERANG WILAYAH DAULAH ISLAM, Allah bangunkan satu jemaah baru yang bersifat global zahir dan batinnya iaitu Ikhwanul Muslimin

(Lihat KENALI WAHABI SEHINGGA KAMU BETUL-BETUL KENAL http://www.forumforfree.com/viewtopic.php?t=716&mforum=no2christ ).

Jemaah ini berusaha untuk bersederhana dalam segala hal dan menjauhi ketaksuban melulu. Ahli-ahlinya digerakkan atas MODAL TARBIAH dan PEMAHAMAN, bukan sekadar atas dasar semangat dan mengikut-ikut sahaja.


Ikhwan diasaskan di Mesir- bumi Nabi Musa yang juga bumi Firaun. Sebab itulah kita boleh temui sebaik-baik manusia dan juga sejahat-jahat manusia di sana. Ada Nabi Musa, adalah Firaun. Pengasas Ikhwan ialah Imam asy-Syahid Hasan al-Banna. Beliau bukanlah seorang ulama elit dalam mana-mana bidang tetapi mempunyai ilmu yang mencukupi untuk membicarakan semua bidang yang ada. Dan yang paling penting, beliau seorang genius dalam melahirkan dan melaksanakan saranan-saranan untuk mentajdid individu, mentajdid keluarga, masyarakat dan umat

(Lihat ADAKAH IKHWANUL MUSLIMIN PENGGANAS? http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=120&mode=&order=0&thold=0 ).


Banyak ulama handal yang sezaman dengan Hasan al-Banna tetapi mereka hanya mampu membawa perubahan dan menjaga keaslian bidang mereka sahaja. Berlainan dengan Hasan al Banna, beliau nampak cara-cara memperbaiki agama dan umat dalam semua lapangan. Seorang lagi genius pembaik umat yang muncul ketika itu ialah Maulana Muhammad Ilyas- pengasas gerakan Tabligh, cuma skop yang dibawa oleh Maulana kecil sedikit daripada bawaan Ikhwanul Muslimin

(Lihat IKHWAN & TABLIGH AKAN KE NERAKA? http://www.forumforfree.com/viewtopic.php?t=1107&mforum=no2christ ). Perihal jemaah Tabligh insyaallah akan saya kisahkan dalam ruangan yang lain.


Secara UMUMNYA mereka ini bolehlah dianggap sebagai mujaddid kurun yang lalu berdasarkan perjuangan mereka yang di awal kurun, membawa sesuatu yang belum pernah difikirkan orang-orang sebelumnya, dakwah mereka bersifat sejagat merentasi batas-batas geografi, ajaran mereka merebak begitu laju bagaikan air meluncur ke serata arah dan beberapa pertimbangan lain yang biasanya digunakan dalam menentukan Mujaddid Kurun.


Namun, jika hendak dimuktamadkan seorang sahaja sebagai mujaddid kurun yang lalu, saya lebih cenderung kepada Hasan al-Banna. Hal ini memandangkan modul bawaan Imam asy-Syahid turut mempengaruhi individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan selain Ikhwan. Bagi jemaah Tabligh, modul bawaan Maulana Muhammad Ilyas digunakan oleh jemaah Tabligh sahaja dan tidak mendapat perhatian jemaah-jemaah selain Tabligh.


Banyaklah pihak yang mendakwa tokoh-tokoh mereka sebagai mujaddid untuk kurun itu dan ini, kita hormati pandangan mereka. Dalam dakwah Tajdid Segar, perbalahan untuk menentukan ‘tokoh akulah yang paling layak menjadi mujaddid’ bukanlah menjadi agenda


(Lihat DAKWAH TAJDID SEBENAR http://protajdid.blogspot.com/2007/04/dakwah-tajdid-sebenar.html ).


Jika tidak, perangai kita sama saja dengan kaum Salafi Tua @ Wahabi yang mana memperjuangkan perkara-perkara kurang bermanfaat menjadi KEUTAMAAN dakwah mereka.


Perjuangan mentajdid diri, keluarga, masyarakat dan umat jauh lebih penting daripada perjuangan menentukan mujaddid ataupun membahaskan semula perkara-perkara yang sudah ada keputusan (iaitu KHILAF sebagaimana bawaan kaum Salafi Tua). Jika ada keluangan masa untuk berehat setelah penat berjuang, ketika itu bolehlah diisi dengan membincangkan perkara-perkara kurang penting seperti menentukan mujaddid ataupun menilai keputusan khilaf ini. TAPI… pada zaman ini masih wujudkah RUANG UNTUK BERISTIREHAT daripada berjuang? Jika benar anda pejuang, anda akan mendapati bahwa RUANG tersebut hampir-hampir tidak ada.

http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/08/14/berapa-nilai-masa-pada-anda/#comment-355 .


Salah seorang yang tidak kita nafikan mempunyai idea-idea pembaharuan dan penyegaran yang baik pada masa kini ialah Ustaz Ashaari Muhammad (pengasas Darul Arqam dan kini Rufaqa’). Walaupun ajarannya ialah satu tariqat sebagaimana tariqat-tariqat lain, tetapi kelebihannya ialah ‘minda’ Ustaz Ashaari ini membawa pembaikan dan penyegaran yang pesat dalam semua aspek kehidupan Muslim- tidaklah tertumpu kepada hal ehwal tariqat dan hakikat sahaja. Banyak perkara baru yang tidak terfikir untuk dibawa oleh kelompok-kelompok lain berjaya direalisasikan sama dan pada zaman Darul Arqam mahupun zaman Rufaqa’. Zawiyah yang agak hebat pernah muncul dalam sejarah ialah di Uzbekistan pada zaman Syeikh Bahauddin Naqsyabandi dan tentunya pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Constantinople).


Jemaah Tabligh sendiri asalnya dan hingga kini adalah sebuah aliran tariqat, tetapi pembaharuan bijak yang dibuat oleh Maulana Muhammad Ilyas menjadikannya sebegitu rupa hari ini hinggakan kadang-kadang ahli-ahlinya sendiri tidak tahu hal tersebut. Tariqat tidak diperturunkan kepada semua ahli sebagaimana umumnya tariqat-tariqat lain kecuali kepada yang berkelayakan sahaja. Hal ini membuatkan usaha mereka untuk memperbaiki masyarakat awam begitu pesat dan berkesan. Golongan bawahannya sangat aktif lagi berkesan ke serata dunia menyebarkan dakwah asas agama Islam.


Di kala kebanyakan jemaah tariqat lain masih mengekalkan modul dan amalan yang mereka perolehi daripada para pendahulu mereka ratusan tahun yang lalu, Maulana Muhammad Ilyas, Ustaz Ashaari Muhammad dan asy-Syahid Hasan al-Banna membuat pentajdidan.


Memuji apa yang baik daripada Ustaz Ashaari Muhammad tidaklah menjadikan saya seorang pengikut apatah lagi pentaksubnya. Hal ini boleh disaksikan dalam puisi saya…


PABILA KUAMBIL SESUATU


Pabila kupetik untaian puisi Ustaz Ashaari
Itu bukan bermaksud temanmu ini ahli Rufaqa’
Jika kunyatakan kebaikan poligami
Bukan hujahnya aku pengikut al-Arqam

Pabila kulilit serban hitam di kepala
Itu bukan bererti aku pengikut Syiah
Kalau kaulihat aku menyokong Saidina Ali
Tidak bermakna temanmu ini pendokong Syiah Imamiah

Pabila mataku dihiasi celak
Apa buktinya aku seorang karkun?
Kaulihat jubahku seperti jubah Maulana Mustaqim
Jangan kauhukum aku ahli jemaat Tabligh

Pabila kusering mencontohi al-Banna
Tidak semestinya aku banyak menyetujui Qardhawi
Memang buku-buku Ikhwan rujukanku
Mana kalian tahu aku salah seorang saudara mereka?

Pabila tazkirahku bernada tazkirah Dato’ Nik Aziz
Mestikah aku bertaqlid penuh Ustaz Hadi Awang?
Kelibat aku selalu ada di ceramah
Tidak semestinya PAS platform perjuangan utamaku

Pabila tasauf kesufian menjadi bualan harianku
Tidak semestinya aku orang tariqat
Penampilanku yang biasa berjubah dan berserban
Jangan anggap kumenolak tali leher dan t-shirt

Pabila aku mengendalikan usrah
Bukan ABIM dan JIM saja yang berusrah
Ma’thurat menjadi aurad harianku
Adakah ISMA naunganku?

Pabila anak-anakku berpakaian tentera
Takkanlah aku terus menjadi al-Qaeda?
Ketika kumenulis kebaikan Taliban
Mestikah aku pendokong gerakan mereka?

Pabila kusokong Lasykar Jihad
Tidak kusokong wadah Wahhabi
Kalau kusokong beberapa fatwa Saudi
Ketahuilah temanmu ini bukan Salafi Lapok

Pabila kukagumi Syeikh Bahauddin
Takkanlah itu menunjukkan aku pentaksub Syeikh Nazeem
Kaulihat hatiku berzikir khafi Allah Allah
Bukan maksudnya kudatang dari Naqsyabandiyyah

Pabila kuberbaik dengan pimpinan dan ahli UMNO
Janganlah anggap temanmu ini pengundi Barisan
Seandainya kusokong langkah-langkah baik pemerintah
Jauh sekali untuk aku berfaham sekular

Aku…
Mengambil apa yang baik dan relevan
Yang berkesan buat diriku dan umat Islam

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

3 JUN 2007
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=176&mode=&order=0&thold=0

Wednesday, April 16, 2008

Tausyiah di Masjid Raya Almunawar, Senin 17 Desember 2007

Limpahan puji kehadirat Allah yang telah menjadikan hujan sebagai lambang keindahan Illahi juga sebagai cobaan dan pengangkatan derajat bagi sebagian muslimin dan juga sebagai penghapusan dosa bagi sebagian muslimin dan juga sebagai Rahmat dan kemudahan bagi sebagaian muslimin lainnya. Maha Suci Allah SWT yang cahaya kelembutanNya terus memanggil para pendosa, cahaya kelembutan Illahi terus mengundang ruh dan jiwa mereka untuk meninggalkan dosa, untuk kembali kepada Allah “fafirruu ilallah..” Dari salah satu firman Allah memanggil hamba–hambaNya untuk lari dari dosa–dosa, lari dari seluruh permasalahan kepada Allah “fafirruu ilallah..” Wahai hamba–hambaKu tempat melarikan diri adalah kepadaKu, dari apapun keluhan–keluhan hamba-hambaNya hanya Dialah yang Maha Mampu memaksakan kehendaknya untuk mengatur dan merubah keadaan. Jalla wa'alla (Dia Maha Dahsyat dan Maha Luhur) yang menjadikan setiap saat merupakan Rahmat bagi umat dan sebagian lagi menjadi penghapusan dosa dan cobaan.
Selengkapnya...

salam pembukaan blog ini

Alhamdulillah bersyukur kepada tuhan kerana dengan izinnya,dapat saya membuka blog ini.atas kejahilan ini,saya ingin berkongsi pengalaman bersama para pembaca2 yang melawati blog ini.

sekiranya anda menjumpai kritikan untuk blog ini,dialu-alukan supaya anda memberi sedikit komen untuk memajukan lagi blog ini.

sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang ingin berkongsi bersama blog ini,sila post kan komen anda.

di akhir kalam,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melayari blog ini.

wassalam